Thursday, July 27, 2006

Penyalah-gunaan Ruang Siber

Pada pendapat saya,sesetengah remaja menyalah guna ruang siber disebabkan oleh kawan-kawan mereka yang mendorong mereka untuk membuat kerja-kerja sebergitu.Remaja-remaja sekarang sudah ramai yang hanyut disebabkan perkara-perkara yang mereka melakukan tanpa menyedari.Kadang-kala mereka juga menjadi begitu kerana keluarga mereka tidak mengambil perhatian tentang mereka yang perlukan perhatian yang banyak pada peringkat remaja.Bukan salah mereka sahaja yang mereka menjadi liar tetapi kadang-kala juga disebabkan oleh keluarga nyamereka yang membuat kerja yang tidak sepatutnya mereka membuat dan mereka memasuki kemurungan dan mula untuk mencari teman lelaki atau perempuan untuk memberitahu mereka tentang masalahnya.Masalah yang sering timbul adalah mereka yang menggunakannya tida tahu bagaimana untuk menggunakan ruag siber dengan mahir.Mereka akan mula meluahkan perkara yang peribadi kepada orang yang mereka mulai percaya dengan.Selepas itu,mereka akan mula memeri alamat merka kepada orang tersebut dan orang itu akan mula untuk membawa remaja itu dalam perangkap beliau dan menyuruh remja itu berjumpa dengannya untuk memasuki perankanya.Remaja itu tidak sepatutnya memberi alamat dan perkara peribadi mereka kepada sesiapa yang kamu baru kenali ataupun kamu sudah kenal tetapi tidak begitu rapat.Remaja itu boleh menggunakan nama palsu untuk menggantikan nama betul.Saya boleh hidup tanpa internet kerana saya hanya memerlukan telefon untuk berbual dengan kawan.

Thursday, July 20, 2006

Siapa buli???

Saya percaya bahawa ada orang yang tidak perasan bahawa mereka seorang buli. Buli adalah sesuatu perkara yang banyak dilakukan di antara golongan remaja.Ia sesuatu perkara yang tidak digalakkan untuk para remaja tetapi mereka terlalu degil untuk mendengarnya.Buli ialah perbuatan menghina,mencaci,memukul atau mendera.Pada pendapat saya,sesetengah remaja menjadi buli kerana remaja-remaja yang membuli mereka nampak mereka sebagai seseorang yang pengecut dan juga seseorang yang napak seperti budak yang "cacat'.Mereka juga menjadi mangsa kerana si pembuli itu tidak mempunyai orang untuk membuli ataupun beliau merasa sunyi dan keseorangan. Perbuatan ini boleh dijadikan sesuatu perkara yang agak serius jikalau tidak diberitahu orang tua kita atau guru kita.Di dalam dunia ini ramai yang Telah dibuli kerana merka tidak mempunyai semangat untuk memberitahu mereka yang boleh menolong untuk menolong mereka.Buli sekarang telah menjadi sebagai hobi untuk orang-orang yang sudah biasa melakukannya. Pada pandangan saya remaja yang dibuli itu akan menjadi buli kerana mereka tidak ingin mereka yang membulinya buli mereka dan untuk menunjuk orang bahawa mereka ini hebat.Untuk yang membuli saya rasa mereka akan menjadi seseorang yang lebih ganas dan mereka akan menjadi seorang pencuri atau lebih teruk lagi,seorang pembunuh.Saya selalu akan dibuli oleh rakan sekelas saya.Mereka akan memanggil saya nama yang tidak senonoh,mencaci saya dan kadangkala juga cuba ugut saya.tetapi sekarang sudah kurang sedikit dan mereka akan memanggil saya nama yang tidak bermakna.

Wednesday, July 12, 2006

Remaja dan tatu

Pada pendapat saya,remaja telah dipengaruhi oleh remaja-remaja lain yang telah hanyut.Mereka ingatkan badan yang bertatu itu seperti "COOL".Mereka juga ingatkan bahawa mengada tatu membuat mereka seseorang yang garang atau "macho".Ibubapa juga satu daripada masalah yang mendorong mereka untuk memasang tatu di tubuh badan mereka kerana ibubapa tidak menjaga mereka dengan baik atau mereka tidak mengambil tahu perkara-perkara yang sedang berlaku kepada anak-anak mereka.mereka juga boleh menjadi sebergitu oleh kerana masalah-masalah tersendiri.Mereka melepaskan rasa geram mereka melalui tatu.Di antara masalah-masalah yang mereka melalui adalah mereka akan dihina orang kerana mereka dikatakan sebagai orang-orang yang bahaya dan juga dikatakan seperti orang tidak berbudi bahasa.Lagi satu masalah yang mereka lalui adalah mereka akan melalui masalah kewangan jika mereka ingin menghilangkannya.Jika saya menpunyai kawan sebergitu,saya akan mendorongnya ke jalan yang baik dan menyuruhnya menghilangkan tatu itu.Sekian Terima Kasih.

Tuesday, July 04, 2006

Rabia

Pada pendapat saya,saya rasa perkara ini telahberlaku banyak kali.Pelajar-pelajar sekarang semakin kreatif tetapi juga senang terpegaruh.Mereka suka bergaul bersama budak-budak yang kelihatan seperti "COOL".Kita tidak boleh menolak semua kesalahannya kepada mereka.Orang-orang tua mereka juga bersalah kerana mereka tidak membimbing mereka. Kita sebagai remaja juga harus berhati-hati ketika menggunakan blog.Kita tidak harus menggunakan terlalu banyak perkataan lucah.Kita juga harus berhati-hati jika seseorang itu mahu berkenalan.Jika kamu tidak berwaspada,kamu boleh ditipu atau sesuatu yang lebih dahsyat. Saya sebagai pelajar,harus berhati-hati ketika menggunakan blog seperti,tidak memberi maklumat peribadi dan tidak menulis perkataan lucah di blog saya. Sekian, Terima kasih.

 
SCRIPT LANGUAGE="Javascript" TYPE="text/javascript" SRC="http://www.tag-board.com/tagboard.js?boardname=Me-tageboard">
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)